AUTOMOTIF MALAYSIA

Portal No.1 Mengenai Automotif di Malaysia

Breaking

10 December 2018

December 10, 2018

Harga Lesen Memandu Terkini 2019 (Kereta dan Motosikal)

Harga Lesen Memandu Terkini 2019 (Kereta dan Motosikal)|BERAPAKAH harga lesen memandu terkini bagi tahun 2019? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga lesen memandu terkini tahun 2019. Berikut dikongsikan harga lesen memandu terkini tahun 2019 buat panduan anda.

Harga Lesen Memandu Terkini 2019 (Kereta dan Motosikal)

Sedia maklum, Jabatan Pengangutan Jalan Malaysia (JPJ) melalui Jawatankuasa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) telah menetapkan harga siling bagi kadar yuran pembelajaran dan latihan pemanduan di Institut Memandu (IM) bagi mendapatkan lesen memandu yang sah. Harga siling untuk mendapatkan lesen motosikal B2 adalah RM 350 dan manakala B pula RM 900. Bagi lesen kereta transmisi manual (D) adalah RM 1,150 dan transmisi automatik (DA) pula RM 1,250.


Harga Lesen Memandu Terkini 2019 (Kereta dan Motosikal)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga lesen memandu kenderaan terkini tahun 2019:


Kategori Kelas Lesen Motosikal dan Kereta

     KATEGORI                         JENIS KELAS

◾Lesen Motosikal Tidak               B2
Melebihi 250cc
◾Lesen Motosikal Melebihi          B
500cc
◾Lesen Kereta Transmisi              D
Manual
◾Lesen Kereta Transmisi            DA
Automatik

Harga Bayaran Yuran Lesen Memandu

Berikut adalah senarai harga bayaran lesen memandu bagi tahun 2019:

KATEGORI                    HARGA ANGGARAN

Lesen Motosikal Tidak      RM 350-RM 500
Melebihi 250cc (B2)

Lesen Motosikal Melebihi  RM 900-RM 1,050
500cc (B)

Lesen Kereta Transmisi  RM 1,150-RM 1,250
Manual (D)

Lesen Kereta Transmisi  RM 1,250-RM 1,450
Automatik (DA)

Info Penting:
*Harga yang dikenakan mungkin melebihi harga paras anggaran kerana turut bergantung kepada kemudahan dan perkhidmatan lain yang disediakan
*Bayaran boleh dibuat secara ansuran atau berperingkat dan juga boleh dibuat secara penuh


Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Insurans dan Tarikh Tamat Roadtax JPJ Online

Semoga perkongsian Harga Lesen Memandu Terkini 2019 (Kereta dan Motoikal) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

25 November 2018

November 25, 2018

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan November 2018

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan November 2018|BERAPAKAH harga terkini minyak petrol bagi bulan November 2018? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel tahun 2018. Adakah akan naik, turun atau kekal? Berikut dikongsikan harga minyak Petrol bagi bulan November 2018 buat rujukan anda.

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan November 2018

Pastinya setiap pada hari Rabu menjadi hari penting penguna bagi mengetahui harga runcit minyak RON95, RON97 dan Diesel terkini bagi tahun 2018. Sedia maklum, harga runcit Petrol RON 95, RON97 dan Diesel telah ditetapkan mengikut harga mingguan mulai dari 30 Mac 2017. Penetapan harga minyak mingguan ini sekaligus menggantikan penetapan harga secara bulanan yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan November 2018

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual perincian harga runcit Petrol RON95, RON97 dan Diesel secara mingguan:

Harga Minyak Bulanan November 2018

   TEMPOH           RON95    RON97    DIESEL

1 - 30 November  RM2.20  RM2.81    RM2.18

Info:
👉 Harga semasa klik: HARGA PETROL DAN DIESEL

Harga Minyak Bulanan Terdahulu 2018

   TEMPOH           RON95     RON97    DIESEL

1 - 31 Oktober     RM2.20    RM2.79    RM2.18
1 - 30 September RM2.20   RM2.65    RM2.18

Info:
*Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Semoga perkongsian Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan November 2018 ini dijadikan rujukan buat anda semua!

22 November 2018

November 22, 2018

Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS 2018 di Malaysia

Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS 2018 di Malaysia|PANDUAN buat anda yang ingin ketahui senarai lokasi AES dan AWAS di seluruh Malaysia. Sedia maklum, mulai 1 September 2018 operasi Automoted Enforcement System (AES) dan Automated Awareness Safety System (AWAS) telah diambil sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut dikongsikan senarai lokasi AES dan AWAS 2018 di Malaysia buat panduan anda.

Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS 2018 di Malaysia

AES bertujuan mengurangkan kesalahan pemandu yang menggunakan laluan yang melibatkan kesalahan had laju dan langgar lampu merah. Terdapat 45 buah kamera AES/ AWAS yang aktif beroperasi; 29 daripadanya adalah untuk memantau kesalahan had laju, sementara baki 16 lagi adalah untuk mengesan perlanggaran lampu isyarat. Antara lokasi popular pemasangan kamera AES/ AWAS adalah di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya LPT2.

Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS 2018 di Malaysia

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan senarai lokasi kamera AES/ AWAS yang terdapat di seluruh Malaysia:

A. Kesalahan Had Laju

Senarai Lokasi Kamera AWAS 2018 Malaysia

B. Kesalahan Lampu Isyarat

Senarai Lokasi Kamera AWAS 2018 Malaysia

Sistem Mata Demerit

Berikut dikongsikan sistem mata demerit bagi setiap kesalahan undang-undang:

Senarai Lokasi Kamera AWAS 2018 Malaysia

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

Semoga perkongsian Senarai Lokasi Kamera AES/ AWAS 2018 Malaysia ini dijadikan panduan buat anda semua!

8 September 2018

September 08, 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018|BERAPAKAH harga dan spesifikasi terkini Proton SUV X70 tahun 2018? Panduan buat anda yang ingin ketahui harga terkini Proton SUV X70 tahun 2018. Untuk makluman anda, model terbaharu Proton yang dinamakan Proton X70, sudah boleh mula ditempah dengan bayaran RM1,000. Ia merupakan SUV pertama keluaran Proton dan pertama hasil kerjasama dengan Geely.

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Menurut beberapa sumber, X70 dijangka bakal dijual pada harga sekitar RM90,000 sehingga RM127,000. Empat varian akan ditawarkan untuk SUV ini iaitu model asas Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD. Kesemua varian ini bakal dijana enjin dan transmisi yang sama iaitu enjin petrol empat silinder 1.8 liter TGDI turbo berkuasa 181 hp dan tork maksima 285 Nm digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan automatik.

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai harga dan spesifikasi lengkap Proton SUV X70 tahun 2018:

Spesifikasi Lengkap Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan spesifikasi lengkap termasuk varian dan harga, reka bentuk, sistem keselamatan dan warna:

A. Varian dan Harga

👉 Standard 2WD
👉 Executive 2WD
👉 Executive AWD
👉 Premium 2WD

B. Reka Bentuk

👉 Roda aloi 18 inci bersama tayar
      Hankook Dynapro HP2 bersaiz
      225/60R18
👉 Terdapat sistem kunci pintar dengan
      suis penghidup enjin, cermin sisi lipatan
      elektrik, lampu hadapan LED projektor,
      lampu kabus LED serta lampu belakang
      LED dengan kemasan lensa gelap
👉 Kesemua unit lampu utama hadapan
      dan belakang diberikan cetakan
      ‘PROTON’ pada bahagian dalam
👉 Enjin 1.8 L turbo TGDI dengan kuasa 181
      hp dan daya kilas 285 Nm

C. Sistem Keselamatan

👉 Enam beg udara
👉 Kamera keliling 360 darjah
👉 Dilengkap brek kecemasan automatik
      (AEB)
👉 Amaran pertukaran laluan
👉 Sistem kawalan pemanduan (cruise
      control) adaptif
👉 Ciri 'Kawalan Jauh Telefon Pintar' dan
     'Penyegar Udara Pintar'


D. Warna

1. Armour Silver
2. Snow White
3. Flame Red
4. Cinnamon Brown

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018

Harga Terkini Proton SUV X70 2018

Berikut dikongsikan info mengenai harga Proton SUV X70 2018. Untuk info lanjut layari laman web rasmi Proton di sini https://www.proton.co

Semoga perkongsian Harga dan Spesifikasi Proton SUV X70 2018 ini dijadikan rujukan dan panduan buat anda semua!

22 August 2018

August 22, 2018

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018|APAKAH peraturan baru cermin gelap JPJ? Panduan buat anda yang ingin ketahui peraturan baru cermin gelap JPJ. Memasang cermin gelap atau memasang tinted film untuk mengelakkan cermin kenderaan adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi peraturan yang ditetapkan. Berikut dikongsikan peraturan baru cermin gelap JPJ tahun 2018 buat rujukan anda.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Mulai 1 Januari 2018, peraturan baru cermin gelap tinted JPJ akan berkuatkuasa serta merta pada tarikh tersebut. Peraturan baru itu menetapkan VLT (Kadar Ketelusan Cahaya) bagi cermin depan adalah 70 peratus, manakala cermin sisi pemandu 50 peratus, cermin sisi belakang dan cermin belakang penumpang 30 peratus.

Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan peraturan baru cermin gelap JPJ tahun 2018:

Kadar Peratus Tint Cermin Gelap

Mulai 1 Januari 2018, kadar baharu ketelusan Cahaya Nampak (VLT) bagi cermin gelap kenderaan adalah seperti berikut:

◾Cermin Hadapan: 70 %
◾Cermin Sisi Hadapan: 50 %
◾Cermin Sisi Belakang: 30 %
◾Cermin Belakang: 30 %

Pengecualian Peraturan Cermin Gelap

Terdapat DUA kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap:

1. Kenderaan Milik Kerajaan yang
    digunakan oleh individu dibawah:

◾Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
     Baginda Yang Dipertuan Agong atau Duli
     Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong
◾Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu
     negeri atau konsortnya
◾Pemangku raja sesuatu negeri atau
     konsortnya
◾Pembesar memerintah negeri bagi
     Negeri Sembilan atau konsortnya
◾Bakal raja sesuatu negeri atau konsort
     bakal raja
◾Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua.   
     Negeri sesuatu negeri
◾Hakim Mahkamah Agong atau
     Mahkamah Tinggi
◾Pegawai Polis atau tentera seperti yang
    dinyatakan Ketua Polis Negara atau
    Ketua Turus Angkatan Tentera

2. Kenderaan yang mendapat kebenaran
     bertulis dari Ketua Pengarah JPJ atas
     sebab kesihatan dan keselamatan
     pemohon

Semoga perkongsian Peraturan Baru Cermin Gelap JPJ 2018 ini dijadikan rujukan buat anda semua!